Saturday, January 7, 2012

CuTI Sudah HAbes =)

Alhamdulillah... cuti aku selama 2 minggu sudah pun berakhir....

aku rasa.. most of the time aku spend dengan sia-sia...
hanging out with family members???? yup.. for sure...
i admit it... its fun.... tapi bukan semua aktiviti seronok.....
semuanya bergantung kepada individu... 1st day at home...
relieved sebab exam dah habis.... but actually... hati gundah gulana memikirkan exam yang dijawab dengan hampeh.... kikikiki... ape pun... ape yang aku usaha.. itu yg aku dapat... tawakal je la jawabnya.... sape suruh aku tak study betol2... dah padan muka... result entah pape.... =p

cuti bagi seorang pelajar sekolah... mungkin menyeronokkan.... tapi cuti bagi seorang mahasiswa... entah la.... bagi aku... macam satu kerugian... walaupun cuti tak kerap.... aku tidak lagi menganggap cuti sebagai satu keistimewaan... sebab apabila cuti menjelma... perkara sia-sia mungkin akan dilakukan jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya....

bagi ibu bapa pendidik..... sudah semestinya mereka akan menegur anak-anak yang tidak mengulang kaji pelajaran..... tapi aku lebih prefer... mendekatkan diri kepada ALLAH...
waktu tidak cuti... kita sibuk dengan pelbagai perkara.... bagi yang bekerja... bertungkus lumus bekerja mencari nafkah untuk keluarga... yang belajar pula... sibuk dengan tutorials.. assignment... homework.. research dan sebagainya.... masa dengan ALLAH kurang.... adakah kita sedar semua ini???

insyaALLAH kita akan berjuang dijalanNYA

Thursday, January 5, 2012

Ukhuwah itu indah

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

- Artikel iluvislam.com

Saturday, December 31, 2011

'faMiliAr' is my turning point

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada followers....

tajuk kali ni sgt bermakna buat aku... di mana menjadi satu turning point dalam hidup aku utk terus maju...
dimana mulanya turning point ni???? bak kata org... muka aku ini photocopy... ade je kt mana2...
pelanduk sini pelanduk sana.... mungkin ya... mungkin tidak... mata org... aku bukan boleh ubah.....

perjalanan hidup aku lebih mengenal erti sesuatu bermula dari hari ke hari.... perkataan itu sering terngiang di telingaku.... di sebelah kiri mahupun di sebelah kanan.... kemudian... aku terfikir akan dunia yg kini hanyalah sementara.... kehidupan seorang perantau yg bermula dari alam roh... menuju ke alam akhirat....

kehidupan aku di muka bumi ini hanyalah satu persinggahan yg agak lama.... kerana aku ingin menuju ke alam akhirat... namun.. bekalanku masih belum mencukupi.... di tempat persinggahan inilah aku mengenal erti kehidupan..... yg baik mahupun yg buruk.....

okay.. aku agak lari tajuk sikit.... ape yg istimewa familiar ini adalah ia diucapkan org seseorang yg menjadi asbab kepada perubahanku kini..... dulu... diriku ini boleh dianggap jahil.... banyak perkara tentang Islam yg tidak aku ketahui.... makan minum juga kurang terjaga....

kini... aku sedar... halal haram tidak boleh dipandang remeh.... terutamanya berkaitan pemakanan yg akan menjadi darah daging.... ini kerana darah daging akan diturunkan kepada anak cucu dan keturunan yg seterusnya.... mahukah kita menyeksa mereka yg tidak berdosa dengan makanan haram yg kita telan???

kehidupan baharu ini mengajarku erti sebenar sebuah persahabatan.. aku kini didekatkan dengan hadis terutamanya hadis 40 imam nawawi... insyaALLAH setiap hadis yg didengari atau dibaca dapat diamalkan untuk kehidupan yg mendapat keredhaan ALLAH didunia dan juga di akhirat....

aku kini masih lagi dalam process perubahan... betul org kata... berubah secara mendadak tidak akan berkesan.... tetapi perubahan secara berperingkat akan menjadikan seseorg itu selesa dgn perubahan yg dialami......

kepada rakan2 yg membaca... kehidupan bukanlah satu penyeksaan tetapi satu anugerah.... begitu juga dengan kejahilan.... jika dulu kita tidak jahil.... adakh kita akan berwaspada???? mengikut pengalaman aku..... org yg mengalami akan lebih berwaspada drpd org yg hanya mendengar apa yg diceritakan oleh org yg mengalami....

akhir kata untuk post kali ini....

Rasulullah SAW ada memberikan peringatan tentang perkara ini, dengan sabdanya yang bermaksud:

 “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

jadi... sama-samalah kita bermuhasabah diri setiap kali sebelum tidur....

insyaALLAH kehidupan kita mendapat keberkatan dan keredhaan drpd ALLAH SWT....

Assalamualaikum