Sunday, December 11, 2011

DIA lebih Tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog aku yg tak berape nak best ni.... hahahah

aku just nk berkongsi dengan rakan2... thats all.... 

emmmmmmm.....

aku sering kali mendengar org merungut.... 

itu tak kena... ini tak kena.... 

tahukah dia bahawa mana satu yg terbaik untuknya????

yakinkah dia itu yg terbaik untuknya???? 

mungkin banyak perkara yg dirungutkan apabila merasakan apa yg dia peroleh adalah buruk untuknya....

seseorang itu haruslah redha dan bertawakal kepada ALLAH...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

ayat inilah yg harus kita renungkan....

apabila kita ditimpa musibah... mungkin ALLAH turunkan ujian untuk kita belajar erti sesuatu perkara,... 

contohnya apabila kita ditimpa kemalangan... mungkin bagi kita ianya sesuatu yg buruk.... 

kita tidak tahu jika ia baik bagi ALLAH.... setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya....

dan ketahuilah wahai manusia sekalian.... ujian yg diturunkan adalah untuk menguji iman didada kita....

Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab: 

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (HR. Tirmidzi, hasan sahih)

ALLAH bukan sahaja menguji malah ALLAH menghapuskan dosanya...
Sabda nabi saw yang bermaksud :

 “Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim).

pada pendapat aku la kan..... masalah umat akhir zaman ialah tidak memohon petunjuk ALLAH dengan sebenar-benarnya dalam membuat pilihan...

cara yg terbaik untuk berdoa adalah dengan bersolat... kerana apabila kita bersolat... kita lebih dekat dengan ALLAH.... dalam membuat pilihan... solat sunat istikharah adalah yg terbaik....

doa yg dipohon INSYAALLAH akan termakbul dengan keikhlasan hati kita memohon pertolonganNYA...

dalam surah AL-FATIHAH juga menyebut perkataan SEMBAH terlebih dahulu.. kemudian MOHON...

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
(al-fatihah: 5)

maka sembahlah ALLAH terlebih dahulu sebelum memohon sesuatu.....

InsyaALLAH penulisan saya kali ini mendapat sedikit pengisian kepada pembaca sekalian... 

sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa untuk blog ni... just terlintas di hati untuk berkongsi...
jika ada salah dan silap.... mohon dibetulkan.....

InsyaALLAH aku akan mengisi blog aku ni dengan benda2 yg berfaedah.... tidak terikat pada 1 topik saja.... :D

ASSALAMUALAIKUM....

4 comments:

  1. kenapa tulisan makin lama makin kecil?haha..

    ReplyDelete
  2. terikut ngn tulisan yg dicopy paste tu kot... :p

    ReplyDelete
  3. hm..kantoi la bukan karya ori..haha.. :P

    ReplyDelete
  4. ayt2 tu je k... yg arab tu je copy paste... yg laen taip sndri'

    ReplyDelete